Syawal tiba lagi,Ramadhan menangis pergi. Sempena Aidifitri yang mulia, Biro Kebajikan dengan jayanya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bertempat di Villa Abou Temmam,Kenitra. Majils yang mendapat tajaan dari Syarikat Al-Kauthar dan Yayasan Pahang itu bermula dengan ucapan Presiden PMMM, seterusnya ucapan En Azri bin yacob,Ketua Canseri Kedutaan Malaysia dan di serikan lagi dengan paduan suara kumpulan nasyid PMMM yang mendendangkan beberapa buah lagu raya. Sambutan turut dimeriahkan dengan kedatangan hampir semua ahli PMMM , pihak kedutaan dan sahabat-sahabat dari Indonesia dan Thailand. Di tutup dengan ucapan hari raya daripada wakil kedutaan dan wakil pelajar dari setiap wilayah dan sesi bergambar bersama pegawai kedutaan dan ahli PMMM.
Selain daripada itu, Ahli PMMM juga telah di jemput untuk memeriahkan Rumah Terbuka yang di buat oleh Pangeran Brunei.