Program : SEMINAR PROTOKOL DAN KESETIAUSAHAAN
TEma : Ke Arah Mahasiswa Beretika dan Berprotokol.
Anjuran: Biro Helwi.
Tarikh: 29 April 2007
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi
Biro Helwi merupakan sebuah biro yang ditubuhkan dalam organisasi Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi bagi mengendalikan dan menjalankan setiap aktiviti yang berkaitan dengan mahasiswi Malaysia yang ada di Maghribi ini.
Biro Helwi telah merangka satu Seminar Protokol dan Kesetiausahaan yang mana program ini dilaksanakan sebagai satu titik tolak kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Maghribi untuk menaik taraf peribadi mereka semua ke arah satu lagi tahap yang membanggakan semua pihak.
Program yang bertempat di Kedutaan Besar Malaysia ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan mahasiswa.