Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia pmmm-andalusy ke laman fotopages ini.sejuta kemaafan diminta kerana sudah lama tidak aktif berikutan perubahan peredaran zaman dan masalah yang tidak dapat dijangka.
Disini Biro Penerbitan Dan Dokumentasi menyajikan kepada Warga pmmm khususnya dan Pengunjung lain amnya mengenai satu program sulung persatuan iaitu Hari Malaysia 2008..
Program Ini merupakan usahasama Persatuan Mahahsiswa Malaysia di Maghribi dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi di Malaysia serta beberapa pihak yang berbesar hati menyokong padu program ini.terima kasih kepada syarikat PETRONAS,Al-kauthar dan Pihak MSD kaherah.
Objektif Program ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperkenalkan Keaslian Malaysia kepada masyarakat arab di Maghribi.Di samping Mengeratkan Ukhuwah Islamiah sesama ummah.
Program yang berlangsung selama dua hari ini amat meriah sekali dan mendapat pujian serta sambutan yang amat menggalakkan.Hal ini tidak lain sepatutnya layak mendapat penghargaan kepada semua pihak itu sendiri.tahniah!!...Program ini diisi dengan Pelbagai acara dalam dan luar dewan.Antaranya seperti:-
Persembahan dikir barat,Zapin,Seni silat,Nasyid klasik dan kontemporari.manakala acara luar dewan pula dipenuhi dengan jualan barangan buatan Malaysia seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Selain itu juga,turut di persembahkan permainan tradisional masyarakat Malaysia seperti congkak,Gasing,Batu seremban,sepak raga, dan banyak lagi.
Pengalaman mengadakan program seperti ini membuatkan masyarakat arab serta masyarakat melayu itu sendiri menanamkan sifat patriotik serta semangat cintakan negara itu berkobar-kobar.Bahkan menjadikan Kita semakin sayangkan keluarga,negara lebih lebih lagi menuntut ilmu disini..insyaAllah...
:-) :-)